TERKINI:
Loading...

Sunday, August 11, 2013

Cara Pelik Penganut Syiah Sembahyang


Isu Syiah bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Cuma selama ini,isu ini ibarat barah dalam daging bagi penganut Islam di Malaysia. Segalanya meletup apabila peningkatan ketara penganut Syiah di Malaysia terutama dalam kalangan penuntut di institusi pendidikan tinggi.

Dari segala amalan, memag tak dapat dinafikan terdapat banyak percanggahan cara penganut Syiah beramalan berbanding Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Antaranya,cara mereka bersembahyang. Kesesatan mereka cukup ketara dalam bab sembahyang.

Berikut beberapa gambar golongan Syiah yang bersembahyang dengan cara yang pelik.


Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum). Di Qom pun sama.


Syarat untuk sembahyang Jumaat di satu tempat ialah tidak boleh buat dua Jumaat kecuali sudah sampai kawasan dua marhalah. Kalau di bandar Tehran maknanya semua penduduk bertumpu ke satu masjid saja. Jadi beratus-ratus ribu oranglah sembahyang di satu masjid. Khutbahnya panjang tidak kurang dari satu jam. Gambar Khomeini dan timbalannya besar-besar diletakkan di kiri dan kanan masjid. Seelok-elok saja selesai sembahyang Jumaat, mereka jamak dan qasarkan asar ke zuhur.

Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain.


Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain.


Andai kata tiada batu, puak Syiah akan gunakan apa-apa jenis benda yang tumbuh di bumi sebagai tempat sujud untuk letak dahu. Kalau tidak ada, maka tapak tangan boleh digunakan dengan alasan kulit manusia berasal dari tanah,

Ketika solat, boleh bercakap.Buktinya, inilah contoh ulama Syiah yang bercakap ketika sembahyang.


Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.
Wanita syiah sedang bersujud di perkuburan syiah (Sujud di kubur ulamak mereka), sangat bercanggah dengan ajaran Islam, jauhilah diri kita dari golongan yang sesat ini.


Solat/Sujud menghadap ke kubur dan I’tikaf (duduk di masjid) bersalahan arah kiblat menghadap ke kubur, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. siapa yang mereka sembah?
Kubur Khumaeni ditawaf tiap-tiap hari dan diberkati dengan bermacam-macam amalan taghut.

Gambar-gambar di atas adalah antara cara pelik penganut Syiah bersembahyang. Renung dan fikirkan dengan mendalam.

sumber asal gambar: Hasnul Hadi Ahmad

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 STUDIOKINI Design by BTDesigner | Blogger Theme by BTDesigner | Published..Blogger Templates Powered by Blogger