TERKINI:
Loading...

Tuesday, May 14, 2013

Diwani Bangkit Semula


Lama rasanya tak dengar tentang kumpulan Diwani. Ada yang menyangka mereka sudah terbubar, ada juga yang menyangka mereka ibarat hidup segan mati tak mahu. Malah bagi generasi yang baru nak minat dengan nasyid, mungkin ini merupakan kali pertama mendengar nama Diwani.



Kumpulan ini pernah popular pada era kegemilangan nasyid sekitar tahun 1998 dahulu dengan lagu-lagu seperti Jalan Yang Satu, Ya Rasulullah, Subhanallah, Di Hening Malam dan lain-lain lagi. Kejayaan album pertama mereka, Jalan Yang Satu, memberi suntikan buat Diwani untuk tampil dengan album kedua pada tahun 2000, Satu Peringatan.

Album kedua di bawah label Rufaqa' Media walau bagaimanapun kurang mendapat liputan yang luas oleh media. Sedangkan album kedua tersebut turut menampilkan lagu-lagu yang menarik seperti Satu Peringatan,Selawat, Pelik Kerja Tuhan dan Harapanku. Dek kerana kurangnya promosi dan liputan media, nama Diwani semakin tenggalam.

Selepas kelahiran album kedua tersebut, vokalis utama Diwani, Ustaz Hasnul Jamal, mengambil langkah untuk menerbitkan album solonya, Satu Cinta. Hampir semua lagu-lagu dalam album solo tersebut boleh diketengahkan namun seperti album kedua Diwani, album solo Ustaz Hasnul tersebut tetap kurang menyerlah dek kerana tiada publisiti meluas.

Album Satu Cinta tersebut difahamkan telah diterbitkan sekali lagi pada tahun 2011 dengan beberapa penambah baikan sebagai album ketiga Diwani.

Bagi meneruskan perjuangan mereka, Diwani tampil dengan album baru bagi tahun 2013. Satu Seruan, itulah judul album mereka. Dengan mengekalkan perkataan 'Satu', album Satu Seruan ini merupakan kelainan yang ketara berbanding dengan album-album Diwani sebelum ini.

Album Satu Seruan menampilkan beberapa ikon terkenal seperti Sheikh Abdulkarim Fatani Al-Makki ( Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam & Mantan Qari Diraja Arab Saudi ) , Dr.Azizan Osman (Founder Richworks Group of Companies), Sham ( Kamikaze ), Mel ( Ex Wings ), dan Afad ( Raihan ).

Album ini memuatkan 10 buah tracklist iaitu Surah Al-Fath Ayat 29, Kasih Sayang Feat Mel ex Wings, Subhanallah 1434, Hanya Satu Yang Terpilih ( bersama Mel ex Wings, Afad Raihan & Sham Kamikaze), Islam Kini Yatim Piatu, Seruan Jihad ( Satu Seruan) Feat Dr Azizan Osman, Al Hijrah, Surah Ali Imran Ayat 102-105, Hayyul Hadi dan Hanya Satu Yang Terpilih (minus one).

Album ini boleh didapati melalui jualan online atau melalui premis-premis berhampiran anda. Album ini diterbitkan oleh sendiri oleh Diwani Management Sdn Bhd

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 STUDIOKINI Design by BTDesigner | Blogger Theme by BTDesigner | Published..Blogger Templates Powered by Blogger