TERKINI:
Loading...

Sunday, May 6, 2012

Sirah Teragung Muhammad: Buku & Album Nasyid

Penerbitan buku berasaskan Islam dan motivasi saban hari semakin mendapat sambutan hangat daripada masyarakat. Bermula dari novel Islamik, motivasi Islamik sehinggalah kepada novel sejarah Islam dan buku-buku sirah perjuangan Rasulullah.

Malah sudah menjadi satu budaya bagi syarikat-syarikat rakaman dakwah yang turut mengambil langkah menerbitkan buku-buku sebagai satu cabang baru dalam dunia dakwah. Lihat saja Telaga Biru,Hijjaz Records Publishing, Inteam Publishing, malah UNIC juga sedang berjinak dalam penerbitan buku juga.

Bagi Maghfirah Pustaka, syarikat ini menampilkan keunikan tersendiri dalam penerbitan buku berkisarkan sirah Nabi Muhammad. Buku Sirah Muhammad,produk daripada syarikat ini, diterbitkan bagi tujuan penyebaran ilmu tentang sirah Rasulullah.
sedutan kandungan buku

Buku ini mengandungi isi yang sistematik dan berkronologi berdasarkan buku-buku perjalanan Rasulullah SAW yang diakui (mu'tabar),dilengkapi gambar-gambar EKSLUSIF mulai daripada kelengkapan Rasulullah SAW, keluarga beliau dan para sahabat serta terdapat ruangan Hikmah dalam setiap peristiwa yang dialami Rasulullah SAW.

Bagi memudahkan pembaca memahami dan tidak bosan, buku ini turut dilengkapi peta, jadual serta gambar berwarna penuh. Jumlah halaman buku ini ialah sebanyak 600 mukasurat berwarna.

Menariknya, buku ini turut mengandungi album nasyid bonus terbaru daripada Hafiz Hamidun. Album Sirah Teragung ini mengandungi lagu-lagu terbaru seperti Marilah Memuji, Dialah Muhammad, Kasih Padamu, Hijrah Rasulullah, Penyeri Dunia (Khadijah RA), Takbir Fisabilillah, Muhammad Mustofa, Pemergian Rasul, dan lagu bonus Lawkana Bainana.

Dapatkan buku ini dipasaran sekarang. Boleh layari laman web Sirah Muhammad untuk mendapatkannya.- STUDIOKINI

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 STUDIOKINI Design by BTDesigner | Blogger Theme by BTDesigner | Published..Blogger Templates Powered by Blogger