Thursday, February 16, 2012

DJ Razak (IKIM.FM) Kembali Ke Rahmatullah

1 comments
DJ Radio IKIM.FM,Abdul Razak Arbain meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bukit Jalil, awal pagi Khamis (16/2/2012).

Kemalangan tersebut berlaku pada pukul 7.15 pagi ketika motosikal yang ditunggang Abdul Razak bertembung dengan motosikal lain sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah, menurut kenyataan IKIM.

Abdul Razak, 46, memulakan tugas sebagai juruhebah di IKIM FM sejak tahun 2006 dan merupakan seorang juruhebah yang disegani ramai melalui slot kendaliannya 'Dini Hari' yang ke udara setiap Selasa dan Rabu, pukul 2 hingga 6 petang.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, dan tiga orang anak yang berusia antara 10 dan 19 tahun.

Jenazah Allahyarham dikebumikan pada Khamis di Tanah Perkuburan Kg. Bohol, Kinrara, Puchong.

One Response so far

  1. Anonymous says:

    Assalamualaikum,

    Semoga Allahyarham mendapat ketenangan dalam dakapan Rabbul Jalil.

    Sapa2 yang betul2 kenal Dj Abdul Razak Arbain memang tahu ini adalah satu kehilangan yang besar.

    ALhamdulillah ramai yang solatkan jenazah arwah dan doa dan tahlil juga dibaca oleh Ustaz Dr Zahazan

    Semoga kita semua mendapat pengajaran daripada kematian saudara kita ini.

    Alfatihah

Leave a Reply

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Gunakan bahasa yang sopan ketika memberi komen.Komen yang menyentuh sensitiviti agama,kaum dan berunsur fitnah tidak akan disiarkan.