TERKINI:
Loading...

Wednesday, November 9, 2011

Gambar Mayat Pengawal Wanita Muammar Gaddafi Didedah

Selepas mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan anaknya,Motassim diaibkan oleh pihak National Transitional Council (NTC),sebuah kerajaan sementara Libya,gambar pengawal wanita Muammar Gaddafi disebarkan pula di internet.

Pengawal peribadi wanita Gaddafi yang dikenali sebagai Amazon Guards, dikatakan dirogol sebelum dibunuh dengan kejam oleh para pejuang NTC.


Keadaan mayat pengawal peribadi wanita ini memang amat menyedihkan. Penyebaran gambar ini menjawab persoalan ke mana menghilangnya pengawal Amazon Guards ini selepas kematian Gaddafi.



Kejatuhan Muammar Gaddafi dilihat sebagai satu cara untuk membalas dendam oleh pihak yang pernah menentang Gaddafi. Kekejaman tetap kekejaman,kezaliman tetap kezaliman. Apabila jatuhnya sebuah rejim, hormati bekas pengikut rejim sebagai tawanan perang.

Tidak hairan mengapa bekas pengikut Gaddafi mengeluarkan amaran untuk membalas dendam terhadap kerajaan baru Libya. Semoga Libya akan kembali aman dan berkebajikan.


Syeda ZeenatStudiokini Media

Studiokini merupakan blog yang memaparkan berita hiburan Islami dan isu-isu ummah buat tatapan semua

3 komentar:

  1. kemana hilangnya kemanusian
    andai mereka kejam
    tetapi mereka lebih kejam
    tanpa ada belas kasihan
    seolah - olah semua insan bukan milik tuhan

    agar dunia akan terus aman dan selamat
    dijauhkan dari segala keburukan dan kerosakan
    semoga tuhan tidak murka sehingga ramai lagi yang tercedera
    semoga dunia akan disirami kasih sayang.

    ReplyDelete
  2. moga Allah pelihara kita dr kezaliman

    ReplyDelete
  3. Tidak hairan mengapa bekas pengikut Gaddafi mengeluarkan amaran untuk membalas dendam terhadap kerajaan baru Libya. Yes of course. we'll wait and see..

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda