TERKINI:
Loading...

Saturday, June 25, 2011

Poligami, Kelab Taat Suami & Seks

oleh: Studiokini

Poligami acapkali dianggap sebagai sesuatu yang negatif dalam diri wanita. Ramai wanita sering difobiakan dengan istilah poligami ini sebagai satu perkara yang cukup negatif bukan sahaja oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan wanita,malah paparan drama,filem dan berita-berita yang terkandung dalam media massa.

Malah seringkali kita dengar ayat 'aku tak sanggup dimadukan', 'tak mahu berkongsi kasih', 'takut diabaikan' dan berjuta ayat-ayat fobia dari mulut wanita apabila persoalan poligami dibangkitkan.

Dalam usaha membuang title negatif terhadap poligami,kerajaan negeri Kelantan telah memperkenalkan cadangan pemberian insentif kepada pengamal poligami yang TIDAK merahsiakan poligami mereka dari pihak isteri pertama.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri pada 23 Jun 2011 bahawa kerajaan negeri bercadang memberi insentif kepada lelaki yang mendedahkan niat mereka untuk berkahwin secara poligami bagi menjamin kerukunan rumah tangga yang bakal dibina.

Usaha kerajaan negeri Kelantan ini bagaimana bukan bermakna menggalakkan usaha poligami tetapi lebih kepada usaha untuk mencari jalan kedamaian antara pihak yang berpoligami.

"Kita tidak galakkan lelaki berpoligami, tetapi ia bertujuan mencari kaedah bagaimana perkahwinan poligami itu dapat dilaksanakan secara tersusun dan tidak menimbulkan masalah kepada pasangan terbabit, kerana ia adalah ia adalah sesuatu yang sensitif baik bagi lelaki atau wanita," kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Dalam masa yang sama, kontroversi Kelab Taat Suami terus hangat apabila kelab kelolaan Global Ikhwan Sdn Bhd itu telah mengembangkan sayapnya ke negara-negara lain seperti Jordan, Singapura dan Thailand serta Indonesia.

Kontroversi bermula apabila naib presiden kelab ini, Dr Rohaya Mohamad, mengeluarkan kenyataan seperti paparan akhbar Berita Harian:



Malah laporan yang dalam laman Malaysiakini pula,seorang rakyat Indonesia Gina Puspitasanggup meninggakan kerjaya dalam bidang kejuruteraan pesawat untuk memenuhi misi menyampaikan ajaran Islam dan membantu wanita muda membina perkahwinan yang bahagia melalui amalan seks yang baik.

Poligami, Kelab Isteri Taat dan Seks

Terlebih dahulu penulis bukanlah seorang ustaz dalam menyatakan bahawa segala pandangan penulis ini adalah betul. Dalam dua isu pilihan ini, penulis melihat sudah sampai masanya masyarakat Islam negara kita memperbetulkan persepsi mereka terhadap ketaatan isteri terhadap suami serta konsep poligami yang sebenar.

Poligami merupakan sesuatu yang halal dan diharuskan oleh Islam.Poligami ialah satu sistem perkahwinan yang mana seseorang mempunyai lebih daripada seorang pasangan hidup.Dalam Islam, poligami hanya dibenarkan ke atas si suami untuk beristeri lebih dari satu dengan had empat orang.

Firman Allah yang bermaksud:

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.  (surah an-Nisa: 3)


Dalam ayat atas,prinsip keadilan jelas disebutkan. Poligami hanya dibenarkan jika si suami mampu untuk berlaku adil ke atas isteri-isterinya serta tidak menzalimi pihak lain. Justeru, tindakan cadangan kerajaan negeri Kelantan ini sudah pasti mempunyai kriteria tersendiri yakni prinsip keadilan wajib diutamakan.Contoh mudah, tindakan untuk tidak menyembunyikan perkahwinan kedua adalah tindakan wajar bagi mengelakkan isteri pertama dizalimi. Konsep poligami mungkin akan diceritakan dalam penulisan akan datang.

Menyentuh mengenai Kelab Taat Suami, adalah tidak wajar jika benar Dr. Rohaya mengeluarkan kenyataan seperti laporan akhbar-akhbar tempatan,penulis berharap beliau menilai kembali kenyataan tersebut.

Apabila isu Kelab Taat Suami ini muncul,ditambah dengan kenyataan mengelirukan, gambaran seks cuba ditimbulkan. Malah tanggapan negatif yang melihat wanita sebagai objek seks mula segar kembali. Tidak cukup dengan lambakan akhbar-akhbar berunsur seks di Malaysia, ditambah dengan drama-drama TV yang ada unsur seks, gambaran wanita sebagai objek seks mula dikelirukan lagi dengan sejuta kontroversi yang timbul.

Isu poligami dan ketaatan isteri terhadap suami adalah dua isu berbeza. Ketaatan isteri bukan tertakluk kepada layanan batin tetapi lebih dari itu. Tapi malang sekali, apabila tuntutan batin dilihat lebih diutamakan, tuntutan zahir mula dibuang jauh.

Ketaatan isteri terhadap suami serta garis panduan poligami sememangnya ada dalam syariat Islam. Isteri perlu taat kepada suami selagi mana suami tidak melakukan sesuatu yang lari dari syariat Islam.

Seks bukanlah segalanya dalam hidup. Tetapi kita melihat seks satu benda yang utama berbanding perkara lain. Penerangan konsep perkahwinan menurut Islam perlu diperluaskan begitu juga penerangan mengenai poligami.

Isteri bukanlah pelacur, dan poligami bukanlah zalim. Justeru, penulis merasakan Kelab Taat Suami harus menilai kembali pelaksanaan mereka. Jika apa yang cuba mereka sampaikan tidak sama seperti apa yang dinyatakan dalam media massa, adalah wajar kelab ditukar dan fokuskan kepada perjuangan untuk mewujudkan keluarga bahagia, bukan hanya membebankan keluarga itu di bahu ISTERI.

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda

 

Copyright © 2012 STUDIOKINI Design by BTDesigner | Blogger Theme by BTDesigner | Published..Blogger Templates Powered by Blogger