DIFITNAH dan diburukkan bekas isteri sendiri adalah satu mimpi ngeri buat bekas anggota kumpulan nasyid popular Unic, Mohd Fitri Mohd Haris, 26. Dia yang kini bergerak solo, tampil di Harian Metro semalam bagi menjawab segala dakwaan bekas isterinya yang disiarkan menerusi program Melodi di TV3, Ahad lalu. Bekas isteri Fitri mendakwa dia seorang 'playboy', pemeras wang serta tidak bertanggungjawab terhadap perkahwinan mereka. Namun, Fitri memberitahu segala-galanya adalah rekaan dan dilakukan bekas isteri keduanya itu kerana perasaan sakit hati terhadapnya.
Katanya, sekarang wanita itu menyesali perbuatannya dan mahu menarik balik kenyataan yang dikeluarkannya.
"Tuduhan itu menjejaskan nama dan karier saya malah menyebabkan ayah saya sakit dan masuk hospital. Sebelum ini saya malas nak ceritakan perkara sebenar kerana fikirkan ibu bapanya yang sudah tua tapi apabila dah berlaku perkara ini, saya akan bongkarkan segala-galanya kepada mereka.
"Dia sering mengulangi perkara sama dengan memfitnah saya. Paling memeranjatkan, dia sanggup gunakan nama saya untuk kepentingan sendiri dengan meminta wang sebanyak RM100,000 daripada keluarganya dengan alasan saya yang minta. Malah perbuatannya pernah menyebabkan saya pernah masuk lokap semalaman kerana perbuatannya. Kesannya saya disingkirkan dari Unic.
"Saya mengaku berkahwin dengannya di Songkhla, Thailand pada 12 Mei 2009. Tapi itu urusan keluarga dan biarlah saya jawab berkenaan tuduhan yang dia lemparkan kepada saya saja. Bagaimanapun, beberapa hari selepas kenyataan itu, kami berbincang hati ke hati. Saya tanya sama ada nak daftar perkahwinan kami di Malaysia, tapi dia tetap berkeras macam dulu.
Jadi apa motif dia buat kenyataan itu pun saya tak faham. Kenyataannya yang menyebut sudah dicerai dua kali juga tak benar. Hubungan saya dengan keluarganya dulu begitu rapat, tapi apabila saya nak balik kampungnya, keluarga dia tidak mahu terima saya. Tak tahulah apa cerita mengenai saya yang disampaikan kepada mereka.
"Punca jadi begini juga kerana kata bekas isteri saya itu, ayah saya tak sukakan dia. Disebabkan itu, dia akan cari orang yang rapat dengan saya untuk cungkil berita mengenai saya. Malah dengan anggota Unic pun dia bercerita macam-macam mengenai saya. Mulanya saya enggan buka mulut bercerita kepada media, tapi saya dengar cakap ibu supaya mengaku apa yang benar dan menafikan apa yang salah. Secara tak langsung ia akan bersihkan nama saya," katanya.
Fitri yang pernah berkahwin dengan wanita Singapura, Saleha Soffyan dan mempunyai seorang anak, Sofia Solehah, 6, menjelaskan perkahwinannya dengan bekas isteri keduanya itu berlalu seolah-olah dirancang dan di luar sedarnya. Dia hanya menurut perancangan bekas isteri dan abang ipar serta seorang wanita yang mengaku tunangnya.
"Bekas isteri saya sering melagakan-lagakan saya dengan Saleha hingga saya bertindak menceraikan Saleha pada Jun 2009. Perkahwinan kami selama lima tahun hancur kerana perbuatan bekas isteri kedua. Saya tak nak tipu masyarakat mengenai perkara ini.
"Saya takkan maafkan bekas isteri kedua sehinggalah dia benar-benar berubah dan menceritakan perkara sebenar kepada keluarga. Saya juga enggan bersama dia lagi kerana cukuplah pengalaman yang dilalui. Saya juga enggan menuduh orang lain terbabit merancang perkara ini dan berhasrat selesaikan sendiri masalah ini.
"Mungkin orang akan pandang serong kepada saya dan akan beri kesan pada karier saya. Pada saya apa yang berlaku adalah takdir. Mungkin ini hukuman buat saya dan saya terima seadanya. Saya belajar daripada kesilapan dan akan tetap menyanyi. Saya minta masyarakat beri peluang untuk saya buktikan kebenaran," katanya yang turut membawa bukti surat nikah dan surat laporan polis mengenai bekas isterinya yang dituduh mencuri komputer peribadi.
Sementara itu, Hafiz Hamidun, Pengurus Besar Art Effects Production yang menerbitkan album solo Fitri menafikan dakwaan pihaknya sengaja mencipta kontroversi yang bertujuan memberi publisiti kepada Fitri.
"Saya nafikan buat perkara ini kerana ia boleh burukkan lagi keadaan. Saya juga tak mahu tuduh ada pihak lain yang terbabit. Ia adalah masalah rumah tangga antara mereka berdua. Saya hairan kenapa bekas isterinya nak babitkan hal mereka dalam karier Fitri pula.
"Tuduhan yang dilemparkan terhadap Fitri akan mencalarkan industri rakaman dan penyanyi nasyid khususnya. Dalam facebook (fb) kami pun sudah ramai yang bertanyakan mengenai isu ini. Cerita negatif sebegini memanglah orang suka sangat nak tahu. Saya memang tahu masalah Fitri sejak Julai tahun lalu dan ikat kontrak dengan dia pada Februari tahun ini.
"Saya ambil dia sebagai artis kerana simpati dengan nasibnya, apatah lagi saya juga pernah bersama Unic. Bakatnya besar dan saya tak nak ambil tahu mengenai hal peribadinya. Urusan dengan Fitri adalah kerana muzik dan atas dasar kawan. Hal rumah tangganya biarlah dia jawab sendiri," katanya.
Setakat ini Fitri sudah merakamkan tujuh lagu dan tiga lagi dalam proses untuk memasukkan suara. Hafiz akan memasukkan lagu Fitri, Suara Azan dan Musafir Rawan dalam album kompilasi Cinta Ilahi... Cinta Insani dalam album kompilasi 14 lagu nasyid terbaru yang akan dipasarkan pada bulan puasa nanti. Album penuh Fitri akan menyusul selepas hari raya.

Kasihan Fitri. Moga ini kaffarah yang boleh membersihkan dosa atau noda silamnya sekiranya ada... Allah MAha Mengetahui. Buat Fitri, carilah redha Allah dalam setiap perkara. Hari ini hari anda esok siapa tahu?...
ReplyDeleteHanya Allah yang tahu... Allah maha mengetahui apa yang tidak kamu ketahui...
ReplyDeletelelaki baik hanya untuk wanita baik, begitu juga sebaliknya,
Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik2 sahaja..
tabah kan hati fitri.... Allah Maha Adil... Teruskan perjuangan dlm industri nasyid.. saya sentiasa sokong fitri...
ReplyDeleteMoga Allah beri kekuatan pada Fitri untuk jalani ujian ini
ReplyDeleteKami sbgai peminat Fitri slalu doakan kejayaan Fitri
setiap kejadian pasti ada hikmahnya...
ReplyDeleteinsyaallah fitri..
ReplyDeleteAllah berada di pihak yang benar..
berkatalah benar walaupun ianya pahit..
semua dugaan y Allah berikan adalah untuk menguji tahap keimanan kt kepada nya..
insyaallah..
bersabarlah..
yang penting dia jujur.
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM
ReplyDeleteSemoga abg fitri tabah dgn dugaan Allah...anggaplah itu tanda Allah sayangkan abg fitri
la tafzan.. ALLAH bersama kamu dan kami sentiasa mendoakan kebahagiaanmu
salam....
ReplyDeletesaya doakan semoga awak tabah menghadapi dugaan ini. semoga Allah merahmati awak.......
salam..
ReplyDeletekesian nya fitri.. awak t'keluar dri unic.. sedih sngt..sya mint sngt unic.. tpi fitri dah keluar.. hurrmm.. hope awk join blik unic... please...!!!!!
salam..
ReplyDeletesemua itu dugaan.. semoga abg fitri tabah menghadapinya dan insyALLAH, masyarakat akan menerima n memahami abag fitri.. harap sangat unic dapat bgabung kembali , even buat concert bersama pun xpa ..
fitnah lah yang melemahkan saf2 org islamkan,, sama2 kita jauhkan..
ReplyDeletegmna hal fitnah itu bse trjadi tu bang
ReplyDeletesuatu hari nanti dia akn mendapat balasan.sabarlah,fitri.
ReplyDeleteBang fitri yang tabah ya, saya salah satu penggemar bang haris di indonesia. Kapan2 konser di Indonesia donk!
ReplyDeleteassalalamu'alaikum
ReplyDeletek' haris yang sabar aja, bila k2' benar insyaAllah Allah akan bersama k2'. sya penggemar k2' di Indonesia, kpn2 k2' konser di Indonesia donk!
k2' konser di indonesia donk!
ReplyDeletehmm..sye pun tak taw nak komen pe..
ReplyDeletetpi knp ek fitri nak kawin 1 lagi??
kat thailand pula tu..
kalau nak kawin la 1, terus terangla dgn isteri pertama.
ni nak sorok2.
dahlah kak saleha 2 sgt lawa orangnya...
ish3..lelaki2
ya allah, begitu berat dugaan yg menimpa anta dan kak solehah...sbr ya...maknenya kak solehah dh jd bekas isteri antalah?
ReplyDeleteassalamualaikum...sy sgt meminati UNIC dr dulu hingga kini...sy br fham knp Fitri tidak lg bersama UNIC...rasa hambar tanpa fitri. tahun 2010 sy smpt tgok fitri n UNIC buat show kat Royal Chulan Hotel. rasa teruja sgt dpn tgok dpan2...so masih ada harapan ke fitri bersama UNIC balik?
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeleteemmm.... This is a very difficult issue to be resolved ... acquainted with the fact that there is God ... can not only hear from the side ... important if the self is guilty beg pardon on the proper ... Posted sometimes people look good but the fact that only god knows
ReplyDeleteassalamualaikum,,sy xfhm kiranya ini kali ketiga fitri berkahwin??insyaAllah semuanya akn beransur pulih..
ReplyDeleteurm...sye minat UNIC dr dulu lg..mmg b'hrp agar Fitri Haris join da group..agy 1..b'sabarlah ats dugaan...hidop ni x sempurna tanpa dugaan...
ReplyDeletead betul nye fitri tu player. kata2 saya ni berasas. dah ramai pompuan terkena dengan dia ni
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletesalam dihulur sbgai pngukuh silaturrahim..
saya berharap abg fitri dpt bersabar dgn dugaan yg berat shingga melibatkan org sekeliling..
kehilangan abg fitri dlm UNIC sgt mendukacitakan..
walau ape pn terjadi,bersabarlahh..Allah sntiasa bersama2 org yg sabar..kita ptotnya tak boleh mnuduh org tnpa usul priksa..moga Allah sentiasa merahmati dan bersama abg fitri..
kami peminat abg fitri akn sentiasa doakan yg terbaik pd abf fitri..
masihkah ade sinar dihati fitri untuk kembali menyemai cinta dengan saleha isteri pertama beliau?
ReplyDeletekesian kat abg fitri bab jd gitu...tp,kite sbg umt islm kene redha dn sbr ngan ujian allah.....mgkn sau saat nnti allah psti akn mmberi hdyh kpd abg.....
ReplyDeletethere you are. your sweet smile. go fitri haris. see? Tuhan TIDAK AKAN pernah mensia-siakan ketabahan seorang MUJAHID seperti anda.
ReplyDeleteTahniah
ROTU UKM
WE'RE BACK. DON'T AFRAID. UNIC will be UNITED again. Just for a few seconds...love u olls~
ReplyDeletekawen kali ke 2 pn cerai, lu xpandai pilih bini ka lu xpandai jaga bini ka mmg lu saja main2 ngn pompuan?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteadmin mohon kpd semua pengomen agar letak nama kalian.selepas ni,sesiapa yg xletak nama,xkan disiar komennya
ReplyDeletedugaan . yang penting sabar . unexpected issue tapi sbg peminta nasyid , saya tahu Allah sedang menguji hamba-Nya . yang penting jangan putus asa . semoga Allah terus membantu fitri .
ReplyDeleteOh my god!!Of all the bloody idiot saleha can marry is this uneducated piece of shit?!!!her parents should have put her in a convent instead of alsagoff...at least she might have met a better guy rather then this bozo...plus wat a freaking insult to Islam's name: a stupid nasyid singer who should better abt Islam wearing tangkal and eloping to Thailand to marry...SUCH A DISGRACE!!!!
ReplyDeleteAssalamualaikum, anonymous. People makes mistakes. I do, you do, all of mankind do. And so does Fitri. Instead of opposing him, you should feel sympathetic. I may not know the real truth, but if Fitri was honest, then I respect him. I have ever since I was only 10 years old. I've listened to his music and singing. Even right now, while I'm writing, I'm listening to one of unic's songs. When you want to advice someone, you do it the right way. Not by yelling or shouting or getting mad at him for no reason, you do it calmly and think of him as a friend instead of someone who needs to be taught a lesson.
ReplyDeleteAnd Fitri, if what was wrote up there true, then be tough! I support you. All the unic lovers support you. Don't believe in what untrue things that surround you. Focus in your career and ask Allah s.w.t forgiveness. This is one of Allah's tests. Dont forget to pray, ever. I'm not that perfect, but I try to be the best. So you have to too.And one more thing...Are u gonna join the unic again? please please pleaeaease join it again! I want to hear more unic songs....Please!
Assalamualaikum warahmatullah.