TERKINI:
Loading...

Sunday, May 30, 2010

Lagu Ketuhanan Lawan Nasyid

oleh: Studiokini
Dewasa ini acapkali kita dengar laungan artis-artis bukan nasyid yang merakamkan album-album berunsur ketuhanan. Alasan utama mereka ialah ingin melakukan kebajikan serta menyampaikan dakwah. Lagu-lagu atau album-album berunsur ketuhanan ini bukan sahaja menjadi trend di Malaysia malah sudah lama menjadi trend di Indonesia terutama apabila muncul bulan Ramadhan.

Di Indonesia boleh dikatakan hampir semua band-band mereka pernah merakamkan lagu-lagu atau album-album berunsur ketuhanan. Misalnya, Wali Band yang merakamkan album Mari Sholawat pada bulan Ramadhan dan popular dengan lagu Mari Sholawat dan Tomat.

Beberapa contoh lain yang boleh disebut ialah Ungu, Dewa 19, Gigi, Acha Septriasa, dan banyak lagi.

Di Malaysia, istilah lagu ketuhanan telah lama dipelopori band-band rock seperti Lefthanded, Wings, Search dan sebagainya. Paling ketara ialah Lefthanded yang gah dengan lagu Syurga di Wajahmu. Kemudian trend ini diikuti oleh Sharifah Aini (album Yayadan), M.Nasir, Ramli Sarip, dan sehinggalah kepada Siti Nurhaliza. Banyak lagi sehingga tak mampu ditulis.

Persoalan utama ialah adakah mereka benar-benar berdakwah atau mencari keuntungan?

Kewujudan lagu-lagu berunsur ketuhanan kadang kala menghina agama. Lihat sahaja akhlak-akhlak artis yang menyanyikan lagu berunsur ketuhanan. Pakaian mereka adakah benar-benar 'cukup kain'?

Artis yang ingin menyampaikan lagu ketuhanan seharusnya diikuti dengan penampilan yang bersih. Keadaan ini bagi membolehkan dakwah itu berjalan dengan baik. Bukan mahu menyatakan artis-artis nasyid yang terbaik akhlaknya. Kita semua manusia namun apa yang mampu kita ubah, kita laksanakan.

Kewujudan lagu-lagu ketuhanan sememangnya bagus untuk kita semua. Tapi susulilah dengan akhlak yang baik. Dalam masa yang sama, artis-artis yang pernah bergelar penasyid pula haruslah pastikan diri mereka tidak lari jauh dari akhlak Islam. Jagalah akhlak kita.

Apapun lakukanlah yang terbaik untuk hiburan kita.Dalam berhibur sudah pasti ada batasnya.

Berhibur tiada salahnya
kerana hiburan itu indah
hanya pabila salah memilihnya
membuat kita jadi bersalah

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda

 

Copyright © 2012 STUDIOKINI Design by BTDesigner | Blogger Theme by BTDesigner | Published..Blogger Templates Powered by Blogger